Cara Membuat Port Foward Pada Modem

Port Forward Untuk Melajukan Proses Download Menggunakan P2P Software atau Torrent.


Selepas beberapa hari saya mencari cara untuk setting port forward pada modem TM saya, akhirnya saya jumpa satu software yang memudahkan kita untuk setting port forward pada modem. Hanya beberapa klik sahaja kita sudah siap setting port forward.

Sebelum itu pasti anda pelik kenapa saya bercerita tentang port foward. Sebenarnya jika anda seorang pengguna yang suka mendownload, sudah pasti anda juga tahu mendownload menggunakan software P2P ini. Kelajuan sebenar P2P boleh ditingkatkan lagi sehingga kepada kelajuan maksimum Pakej Internet yang anda gunakan.

Contoh jika anda menggunakan Pakej Streamyx 1Mbps, kelajuan download anda adalah 125KB/sec. Itu kiraan saya menggunakan formula 1KB/sec = 8kbps. Jadi sebelum ini pernahkah anda mendapat kelajuan 125KB tersebut?

Dengan membuat setting port forward, 80% kelajuan software P2P anda akan ditingkatkan lagi kerana port forward membuka halangan yang telah dibuat oleh pihak TM. Saya terangkan banyak-banyak pun risau anda tidak faham, jadi ikut sahaja cara membuat port forward ini.

1. Anda perlu download software Simple Port Forward
2. Anda install software tersebut dan run.
3. Anda perlu pilih jenis modem yang anda gunakan. Jika tiada yang sama dengan modem anda, anda boleh pilih modem yang lebih kurang sama. Ianya boleh diterima.
4. Selepas pilih modem, semuanya akan terisi dengan setting IP, user ID, password. Anda biarkan sahaja dan anda terus ikut step daripada check list yang disediakan.

Anda pilihlah software apa yang anda mahu membuat port forward. Jika saya, saya buat port forward untuk software utorrent. Banyak yang saya boleh dapat dengan torrent file. Segalanya ada..

Maaf jika tutorial saya ringkas dan pendek, saya buat sebegini kerana selepas anda download dan install software tersebut, semuanya mudah untuk dibuat. Software tersebut amat mudah digunakan.

Jika mahu tutorial berbahasa english, anda lihat disini.

Related Posts