Widget Untuk Mencantikkan dan Menambah Baikkan Blog Anda Seperti Blog Profesional.
Sudah Lama juga saya tidak membuat sebarang update di blog tips & trick ni. Sebenarnya saya agak sibuk sejak akhir-akhir ini kerana saya perlu menyiapkan beberapa Projek. Bukan Projek internet atau bisnes internet. Ini projek pembelajaran saya.
Disebabkan sudah lama tidak update, saya rasa ingin mengupdatenya dengan beberapa info untuk anda. Beberapa hari yang lepas saya ada menjumpai beberapa blog yang menggunakan widget yang agak best. Saya rasa pasti ramai yang ingin memilikinya.
Jadi saya kongsikan info tersebut kepada anda semua. Anda (bagi pengguna blogger sahaja) boleh dapatkan beberapa widget yang sering digunakan oleh blogger dan sememangnya terbaik.
Anda lihat di blogger widget. Disana nanti anda boleh pilih widget mana yang anda inginkan. Sudah pasti blog anda akan semakin mantap dan cantik selepas ini.
Tetapi jangan terlalu banyak letakkan widget, nanti blog anda menjadi lambat pula untuk diloading.