Pengetahuan Asas Yang Perlu ada pada setiap Blogger adalah Pengetahuan kod HTML
Bagi seorang blogger atau pengguna blogspot, anda harus memahami kod-kod asas HTML. Ini kerana pengetahuan ini amat diperlukan ketika anda menggunakan blogspot atau blog anda sendiri di WP.
Jika anda tiada sebarang pengetahuan ini, anda mungkin akan sukar untuk mengubah suai serba sedikit blog anda dan sebagainya.
Sebagai contoh yang mudah, ini saya ambil sempena pertanyaan seorang blogger kepada saya melalui email. Jika anda hendak memadam / membuang sesuatu seperti TAB Menu pada blog anda. Maka anda perlu ketahui apa kod HTML yang perlu dipadam.
Cara mencari kod tersebut adalah dengan menggunakan view selection source. Cara untuk view source ini, anda perlu High light pada Tab Menu tersebut, kemudian klik kanan mouse anda dan pilih View Selection Source.
Nanti akan ada page baru menunjukkan kod HTML yang anda high light tadi. Anda lihat kod HTML tersebut di Layout blog anda. Anda buang kod tersebut dan VIEW dahulu blog anda. Jika sudah menjadi, anda save dan selesailah kerja anda.
Disini yang akan menjadikannya rumit adalah anda tidak faham maksud-maksud kod tersebut. Jika itu masalahnya, agak sukar sedikit. Bagi sistem pembelajaran maksud kod HTML ini saya sarankan anda TRY AND ERROR. Saya juga belajar daripada pengalaman.
Dahulu saya juga seperti anda dan banyak yang saya cuba dan banyak yang saya belajar daripada kesilapan dan pengalaman. Itulah sistem pembelajaran saya mengenai HTML kod.
Saya harap tips kali ini membantu anda. Semoga berjaya.