Pageear Bukan sahaja sekadar iklan, Malah dapat mencantikkan Blog anda.
Apa itu pageeaer? Sukar untuk diterangkan secara teori. Jadi untuk mudah difahami adalah seperti yang anda lihat di blog saya ini. Semasa anda buka / load blog saya ini, akan muncul sesuatu di bahagian kanan atas blog ini kan?

Itulah pageear yang baru sahaja saya masukkan didalam blog ini. Cara untuk memasangnya amat mudah sekali. Pertama sekali anda perlu ada hosting sendirilah. Jika mahu mencari hosting termurah dan laju, saya sarankan anda menggunakan sepaku hosting. Servise sepaku amat baik.
Jika tidak mahu, anda perlulah mencari hosting percuma yang boleh digunakan. Setahu saya pages.google.com sudah tidak boleh digunakan, jadi anda carilah yang lain ya..
Cara membuat pageear adalah :
1. Anda download file PageEar v1.4
2. Anda extract file PageEarv1.4.zip
3. Anda perlu ubah sedikit konfigurasi didalam fail pageear.js
4. Anda buka fail pageear.js menggunakan notepad / wordpad
- Ubah / tambah code bewarna MERAH ini
var pagearSmallImg = 'http://url-sever-anda/pageear_s.jpg';
var pagearSmallSwf = 'http://url-sever-anda/pageear_s.swf';
var pagearBigImg = 'http://url-sever-anda/pageear_b.jpg';
var pagearBigSwf = 'http://url-sever-anda/pageear_b.swf';
var jumpTo = 'http://url-blog-anda.com/'
Baiklah, sebagai contoh yang telah saya buat di blog ini, codenya akan menjadi seperti ini :
var pagearSmallImg = 'http://easyautores.4kit.net/pageear_s.jpg';
var pagearSmallSwf = 'http://easyautores.4kit.net/pageear_s.swf';
var pagearBigImg = 'http://easyautores.4kit.net/pageear_b.jpg';
var pagearBigSwf = 'http://easyautores.4kit.net/pageear_b.swf';
var jumpTo = 'http://easyautores.4kit.net/'
ini contoh yang saya lakukan untuk blog saya, anda ubahlah kepada URL / link sever/hosting anda ya.
Jika anda lihat didalam fail pageear.js ada banyak lagi code didalam tu. yang lain tu tidak perlu diusik. Biarkan sahaja pun tidak mengapa.
Langkah seterusnya adalah anda perlu membuat gambar bersaiz 100X100 dan 500X500. Sebagai contoh, didalam fail PageEar v1.4 ada gambar bernama pageear_s.jpg (ini gambar bersaiz 100X100) dan pageear_b.jpg (ini gambar bersaiz 500X500)

Kegunaan gambar ini adalah untuk dipaparkan di blog anda nanti. Jadi anda buatlah fambar yang cantik-cantik. Anda boleh membuatnya menggunakan perisian Adobe Photoshop (contoh shj).
Selepas selesai membuat gambar, anda perlu RENAME gambar tersebut kepada pageear_s.jpg(untuk gambar bersaiz 100X100) dan pageear_b.jpg(untuk gambar bersaiz 500X500). Setiap gambar ini memainkan peranan masing-masing, untuk contoh, anda bermainlah dengan PageEar saya di blog ini, anda akan lihat bagaimana ianya berfungsi.
Baiklah, sudah selesai semuanya? Langkah seterusnya adalah anda UPLOAD ke sever anda ya. Fail yang perlu anda UPLOAD adalah :
1. AC_OETags
2. pageear
3. pageear_s.jpg
4. pageear_s.swf
5. pageear_b.jpg
6. pageear_b.swf
7. zoom
(semua fail ini ada didalam folder PageEar)
Selepas selesai upload fail-fail ini, anda perlu masukkan code ini kedalam blog/web anda.
Masukkan code ini :
<script language='javascript' src='http://url-sever-anda/AC_OETags.js'/>
<script src='http://url-sever-anda/pageear.js'
type='text/javascript'/>
<script type='text/javascript'>
writeObjects();
</script>
Pengguna Blogspot anda perlu meletakkan code ini didalam LAYOUT --> Edit HTML dan letakkan selepas code <title><data:blog.pageTitle/></title>
Bagi pengguna WP atau website, anda cuba letakkan code tersebut selepas code penutup <title></title>
Okey, sekarang cuba preview blog/web anda, sepatutnya menjadi..
semoga berjaya ya..
Jika ada sebarang masalah, sila kemukakan disini masalah anda. Jika boleh dibantu, saya aklan cuba membantu. enjoy semua..