Cara Menukar Gambar Icon-Icon Di Blogger

Cara termudah untuk mencari dan menukar gambar-gambar icon di blogger/blogspot anda.

Pagi ni sempat lagi saya menulis tips baru. Baru sahaja hendak pergi ke kuliah, lecturer pula tiada. Jadi sempatlah nak buka laptop ni buat apa yang patut.

Disini saya ingin kongsikan cara menukar gambar icon di blogger. Sebagai contoh ialah gambar icon ini . Gambar icon ini saya gunakan untuk recent comment (berada dibawah blog ini). Jadi bagaimana jika saya hendak menukar gambar lain?

Caranya adalah seperti ini :
1. Anda right click pada gambar icon asal yang hendak ditukarkan dan anda pilih view background image.
2. Gambar icon tersebut akan muncul kan? Kemudian anda copy link location gambar tersebut.
3. Anda signin ke blogger (HOME)
4. Pergi ke Layout -- >> Edit HTML dan klik expand widget.
5. Anda klik CTRL+F untuk find.
6. Kotak find akan muncul di browser anda, anda perlu masukkan link location gambar icon asal yang anda hendak tukar tadi.
7. Selepas jumpa link gambar tersebut, anda tukarkan dengan link gambar baru yang ingin anda gunakan.
8. Priview blog anda dan Save jika berjaya.
9. Selesai.

Tahniah, kini anda sudah dapat menukar icon gambar di blogger dengan mudah sekali. Mudah sahaja kan? ini kerana anda tidak perlu cari 1 persatu lagi, hanya copy URL dan find(cari) di dalam layout anda dengan mudah.

Anda juga boleh menukar gambar lain dengan menggunakan kaedah yang sama. Cara ini bukan untuk menukar icon sahaja, ada banyak lagi yang boleh dilakukan dengan kaedah ini. Cubalah.

Semoga berjaya ya..

Sebelum itu, anda sudah dapatkan 5 template website untuk Google adsense?? Jika belum, anda boleh dapatkan secara percuma, anda baca posting mengenai 5 template website untuk Google Adsense disini.

p/s : Anda mahukan tips-percuma terus ke email anda?? Subscribe di Tips-Percuma dan banyak tips percuma yang saya kongsikan bersama anda. PERCUMA!!

p/p/s : Jika anda ada produk terhangat, janganlah segan silu untuk berkongsi dengan saya bersama Team 4Kit.Net (Pengumpul Produk Terhangat).




Related Posts