Iklan POP - UP dari widget blog
Pengguna blog / web, tolong la ambil perhatian. Prihatinlah dengan blog anda. Elakkanlah dari menggunakan widget yang ada iklan pop-up. Mengganggu sahaja pop - up tersebut.
Masalah pop-up ni dah lama berlaku, yang menjadi masalah, kita tidak klik pon pada widget tersebut. Kita klik pada tajuk topik (contoh sahaja), tetapi keluar pop-up. Pandangan saya, pop-up ni memang mengganggu lah. Tidak semena-mena keluar window baru. Bila masa pulak kita bukak?? Jadi renungkanlah.
Masalah widget pulak, jika hendak load page anda laju dan lancar, rasanya kurangkanlah widget2 yang merepek-repek. Jika berguna never mind. Jika tidak??
sebagai contoh widget yang sering kita add seperti visitor tracking, PR widget(page rank) dan sebagainya, memang widget ini berguna, tetapi anda boleh cari widget yang fungsinya seakan sama, tetapi tidak ada sebarang iklan pop-up. So ini akan membuatkan blog anda lebih kemas dan selesa.
tidak percaya cubalah, saya lebih suka blog yang simple dan kemas. cewah, macamlah blog saya sendiri kemas. serabut macam ape tah.. huhu.. datanglah ke blog baru saya di solehpolysas.com , kedatangan anda amat dialu-alukan.
itu sahaja tips untuk kali ini, semoga berguna.