Baiklah, seperti biasa sejak kebelakangan ini saya suka mencari tips untuk mendapatkan traffik ke blog. Posting kali ini saya hendak berkongsi tips Komen. Anda pasti selalu komen di blog member bukan? ataupun blog sesiapa sahaja.
Tahukah anda sebenarnya dari komen tersebut anda boleh mendapat traffik dari blog tersebut. Ianya hanya perlu sedikit profesional. Gaya bahasa anda berkomen hendaklah secara pro. Biarlah nampak seperti orang lain baca komen anda dan melihatkan anda seorang yang berilmu & pro.
Secara tidak langsung pasti akan ada tanda tanya siapakah orang yang memberi komen itu. Maka pengunjung yang baca tadi pasti akan klik pada nick name pemberi komen. So dari sini anda dapat pengunjung bukan?
Baiklah, saya bongkar rahsia yang ramai blogger tidak tahu. Semasa anda memberi komen, jangan guna user gmail or ape. Anda gunakan Name/Url. Anda isikan nama anda dan URL ke blog anda.
**Peringatan dari saya, anda digalakkan memberi komen tetapi diakhirnya xperlu ada "tlg datang ke blog saya" ataupun anda kata "tlg berkunjung ke blog saya" atau apa sahaja sepertinya. Apa pandangan pengunjung mengenai komen tersebut? Adakah mereka akan ke blog anda? Maka anda gunakanlah sebaik - baiknya, komen yang bermanfaat, kongsi ilmu bersama, tulis secara pro.. InsyaALLAH pasti pengunjung akan melawat ke blog anda. Semoga ia membantu anda.