Do Follow pada komen blog


Seperti yang dijanjikan, posting yang lepas (disini) saya ingin menunjukkan cara untuk Edit Template supaya Do Follow pada link komen. Kebaikannya adalah untuk blogger yang memberikan komen dan blog itu sendiri. Apabila blog anda mendapat banyak komen, peratus untuk mendapat ranking yang baik adalah tinggi.

Selain itu blog anda juga akan banyak tersenarai pada search engine seperti google, yahoo, MSN & sebagainya.

Jom kita mula tutorialnya :


  1. Login ke blogger
  2. Pergi ke Layout --> Edit HTML
  3. Anda klik pada expand widget
  4. Anda cari code seperti ini


  5. <a expr:href='data:backlink.url' rel='nofollow'><data:backlink.title/></a>

    dan ini

    <a expr:href='data:comment.authorUrl' rel='nofollow'><data:comment.author/></a>


  6. Cara mudah, anda gunakan CTRL + F cari nofollow
  7. Anda tukar nofollow kepada dofollow.
  8. Selesai, save template anda.
Sekarang ini search engine akan mencari setiap link dari komen blog anda. Ini kerana anda telah memberi kebenaran kepada search engine untuk mengindeks setiap link di bahagian komen anda.

semoga ia membantu..



Related Posts